ainayangpunya

I'm left handed

Topik 9: Bahan Audio

Posted in Uncategorized on September 6, 2011 by

Topik 9: Bahan Audio

1.0 Pendahuluan:
Bahan audio adalah satu sistem untuk mengirim atau menerima suara atau bunyi secara eletronik melalui kabel atau udara. Bahan audio ini dikatakan dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Bahan audio mungkin terdiri daripada perkara berikut, satu sumber bunyi atau suara, satu alat peka bunyi, satu sistem pengiriman audio atau penerimaan radio.
            Audio adalah satu komunikasi sehala yang digunakan bagi membantu pembelajaran kendiri pelajar yang menghadapi masalah membaca, golongan yang ingin belajar bahasa asing, serta golongan yang ingin melakukan aktiviti senaman.
            Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Ia dapat mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni, meningkatkan minat serta mencorakkan sesebuah persembahan multimedia. Oleh itu, audio dan bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia.
2.0 Kebaikan dan kelemahan bahan audio
2.1 Kebaikan
1.    Audio merupakan satu kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan berkesan.
2.    Bahan untuk peralatan audio mudah diperolehi dan dihasilkan serta mudah digunakan oleh guru atau murid.
3.    Bahan audio boleh memberi gambaran visual dengan lebih berkesan berbanding dengan pembacaan sahaja.
4.    Bahan audio adalah mudah alih, iaitu dapat digunakan di mana-mana sahaja.
2.2 Kelemahan
1.    Sesetengah kanak-kanak kurang atau tidak memberi perhatian kepada persembahan audio sekiranya tiada pengawasan guru.
2.    Kos untuk menyediakan kelengkapan adalah tinggi.
3.0 Proses Mendengar Dalam Kalangan Murid
3.1 Perbezaan antara “pendengaran” dan “mendengar”.
Pendengaran dan mendengar ialah dua proses yang berbeza. Pendengaran ialah proses fisiologi yang berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse), bergerak ke otak untuk ditafsirkan.
Mendengar pula merupakan satu proses psikologi, bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan.
3.2 Faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses mendengar dalam kalangan murid.
o   Kemahiran bahasa
Kebanyakan sarjana menyatakan bahawa tahap perbendaharaan kata atau kemahiran bahasa yang dimiliki oleh kanak-kanak akan mempengaruhi keberkesanan proses mendengar. Ini bermakna kandungan mesej dalam bahan audio hendaklah dalam lingkungan keupayaan kemahiran berbahasa pelajar di peringkat umur mereka.
o   Kejelasan punca audio
Kelantangan optimum dan kejelasan punca audio membolehkan kanak-kanak mendengar dengan jelas dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Bunyi yang sangat perlahan atau terlalu bising akan menyukarkan pelajar untuk mentafsir dan memahami mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, sebelum digunakan, guru harus memastikan bunyi audio dapat didengar oleh seluruh pelajar di dalam kelas.
o   Nada audio yang tidak sekata
Sekiranya kanak-kanak hanya mendengar nada audio yang sekata dalam masa yang panjang akan menyebabkan mereka menjadi biasa sehingga kehilangan tumpuan tentang apa yang didengarinya. Oleh itu, semasa memilih bahan audio yang sesuai, guru harus memastikan ia mempunyai nada yang tidak sekata dan intonasi suara pengulasnya mestilah pelbagai dan dapat menarik perhatian kanak-kanak.
o   Kesediaan mendengar
Aspek ini adalah penting kerana sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai kesediaan untuk mendengar, maka secara fizikalnya dapat meningkatkan keupayaan untuk memahami mesej yang hendak disampaikan.
4.0 Penghasilan Bahan Audio Pendidikan
4.1 Jenis-jenis bahan audio
Bahan audio boleh terdiri daripada bahan yang berikut:
o   Lakonan
o   Temu bual
o   Simulasi
o   Dokumentasi
o   Demontrasi
o   Penerangan
o   Diskusi
4.2 Langkah-langkah menghasilkan bahan audio pendidikan
o   Langkah 1: Tetapkan matlamat
Anda perlu menentukan tujuan anda menerbitkan bahan audio tersebut dengan memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan berikut.
         i.       Siapakah kumpulan sasaran atau tahap pelajar?
        ii.      Bagaimanakah kebolehan berbahasa pelajar, minat dan motivasi mereka?
        iii.      Adakah bahan yang akan anda hasilkan sejajar dengan sukatan pelajaran?
        iv.      Adakah bahan audio yang akan anda hasilkan ini sesuai dengan objektif pengajaran?
o   Langkah 2: Penyelidikan dan mengumpulkan bahan
Kumpulkan bahan dan sumber yang diperlukan. Buat sedikit penyelidikan dan rujukan yang diperlukan. Fakta yang hendak dimasukkan hendaklah betul serta mencukupi dan kaya dengan maklumat yang diperlukan dalam sukatan pelajaran. Selain itu, anda juga perlu mengumpulkan kesan bunyi, muzik serta lagu tertentu yang mungkin diperlukan.
o   Langkah 3: Pemilihan bahan
Bahan yang telah dikumpulkan mungkin terlalu banyak dan perlu mengalami proses analisis dan penapisan supaya hanya bahan-bahan yang bersesuaian sahaja digunakan.
o   Langkah 4: Menulis skrip
Proses menulis dan mengarang kandungan bahan audio yang hendak dihasilkan.
o   Langkah 5: Menyediakan peralatan
Anda perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dalam penerbitan bahan audio. Antara peralatan asas ialah alat perakam, mikrofon, pengadun suara, kaset atau pita audio dan kabel-kabel yang sesuai. Selain itu, juga perlu dipastikan bahawa alatan-alatan tersebut dipasang dengan betul.
o   Langkah 6: Membuat rakaman
Pada peringkat ini, anda akan membuat rakaman suara, memasukkan kesan bunyi serta muzik-muzik latar. Kerja ini boleh dilakukan di bilik rakaman audio khas seperti yang terdapat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) atau di Pusat Sumber Negeri (PSN).
o   Langkah 7: Prebiu
Setelah rakaman siap, anda perlu mendengar hasil rakaman tersebut dan kemudian membuat pembetulan sekiranya perlu.
o   Langkah 8: Penggunaan bahan audio
Pada peringkat ini anda akan menggunakan bahan yang telah dihasilkan itu di dalam bilik darjah.
o   Langkah 9: Penilaian dan penambahbaikan
Melakukan penilaian dan penambahbaikan terhadap bahan supaya objektif penghasilan tercapai. Kemudian, bahan dilabel dan disimpan sebagai sumber rujukan atau pinjaman oleh guru-guru atau pelajar. Jika perlu buat salinan dan diperbanyakkan.
5.0 Format Audio
5.1 Kaset audio
Saiz format audio ini ialah 2.5” x 4” x0.5”. Kelebaran pitanya ialah 1/8 inci. Format ini paling banyak terdapat di pasaran dan menggunakan alat pemain kaset.
5.2 Kaset mikro
Saiz keseluruhan format audio adalah lebih kecil berbanding format kaset audio. Walaupun saiz pitanya adalah sama, iaitu 1/8 inci, namun ia perlu menggunakan alat pemain kaset yang kecil. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti kaset audio, iaitu boleh merakam dan memadamkan kandungannya dengan mudah.
5.3 Fonograf atau piring hitam
Bentuknya adalah bulat dan leper dan terdapat tiga saiz yang berbeza, iaitu diameternya adalah 7, 10, dan 12 inci. Pengguna tidak boleh membuat rakaman ke piring hitam semudah “burn” CD dengan menggunakan program khas komputer. Penggunaan piring hitam ini memerlukan alat pemain fonograf. Walaupun format ini mudah digunakan, tetapi tidak lagi popular dan sukar didapati dalam pasaran hari ini.
5.4 Cakera padat atau CD
CD juga berbentuk leper dan bulat, tetapi diameternya lebih kecil berbanding dengan piring hitam dan hanya bersaiz 4.72 inci. Kelebihan CD ini adalah ia mempunyai kualiti bunyi yang tinggi dan jelas, dan ia juga membuat rakaman ke dalam CD dengan menggunakan CD atau DVD drive yang boleh menyalin bahan ke dalam CD dengan program komputer seperti nero.
6.0 Penerbitan audio
Peralatan asas seperti berikut diperlukan untuk menerbitkan bahan audio.
·         Perakam audio
Perakam audio yang mudah ialah pemain kaset yang biasa terdapat dalam pasaran. Walau bagaimanapun, tidak semua pemain kaset boleh merakam audio. Pemain radio yang boleh merakam audio terdapat satu ciri yang nyata, iaitu terdapat butang rakaman atau record dan biasanya butang ini berwarna merah.
Model telefon bimbit yang baru juga mempunyai fungsi merakam bunyi. Namun, suara yang dirakam itu tidak berapa jelas dan bunyi latar akan mempengaruhi kualiti rakaman.
·         Mikrofon
Mikrofon ialah peralatan perantaraan yang akan menghantar gelombang kepada fail audio. Kualiti bunyi banyak bergantung kepada pemilihan penggunaan mikrofon. Mikrofon boleh diklafikasikan mengikut jenis penggunaan dan bentuk penerimaan bunyi dan mekanismenya.
Mikrofon kondeser memerangkap bunyi dengan menggunakan plat kapasitor yang mengesan getaran gelombang bunyi. Mikrofon jenis ini memerlukan bateri atau sumber kuasa elektrik. Tindak balas frekuensinya agak luas. Kekuatan mikrofon kondeser adalah dapat menerima kesan bunyi dengan baik, peka kepada bunyi dan getaran. Namun, ia tidak tahan kepada getaran kuat, panas dan lembapan. Jenis mikrofon ini biasanya digunakan untuk nyayian atau ucapan penyampaian.
Mikrofon dinamik beroperasi berdasarkan kesan elektromagnetik. Harganya agak murah dan mempunyai banyak kemampuan. Bentuk mikrofon ini dibina dalam saiz yang agak kecil dan mesra pengguna disebabkan penggunaan adalah membuat temu bual di luar bangunan. Oleh itu, mikrofon ini mempunyai kualiti bunyi yang baik, peka kepada bunyi, tahan getaran kuat, tahan panas dan lembapan.
Mikrofon Omni-directional memerangkap gelombang bunyi daripada semua arah. Mikrofon ini mampu merakam suara orang ramai, terutama sewaktu ramai orang bercakap hampir serentak. Jadi, mikrofon ini sesuai digunakan untuk perbincangan berkumpulan atau temu bual.
Mikrofon uni-directional atau cardiod pula hanya memerangkap kebanyakan bunyi daripada punca yang berhampiran atau di depan mikrofon. penggunaannya agak terhad dan biasanya digunakan untuk rakaman di dalam studio oleh juruhebah radio.
Headset mikro mikrofon yang mempunyai sambungan USB dikatakan lebih selesa kerana pengguna hanya perlu melekatkan di kepala dan masukkan plag ke komputer sahaja.
Mikrofon mini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu jenis tie pin dan neck hanging. Saiz tie pin lebih kecil berbanding dengan neck hanging dan biasanya disematkan pada tali leher atau kolar baju manakala neck hanging pula biasanya digantung pada leher.
Mikrofon tanpa wayar memerlukan alat penerima semasa digunakan. Tiada wayar yang menyambung mikrofon dengan alat penerima tersebut. Isyarat dihantar secara gelombang dari mikrofon ke alat penerima melalui antena. Biasanya jenis mikrofon digunakan oleh pengguna atau pengulas yang bergerak aktif.
Mikrofon shotgun ialah mikrofon satu hala yang berupaya untuk menerima bunyi dari sudut yang sempit dalam jarak yang agak jauh. Mikrofon ini sesuai digunakan sekiranya anda tidak berupaya untuk menghampiri sesuatu punca bunyi seperti bunyi burung, acara sukan atau bunyi-bunyian haiwan.
7.0 Pengadun Suara
Bagaimanakah sekiranya anda hendak merakamkan suara narator dan dalam masa yang sama terdapat kesan bunyi dan muzik latar? Masalah ini dapat diatasi dengan hanya menggunakan tiga pemain kaset. Satu untuk merakam dan dua lagi untuk memainkan kesan bunyi dan muzik latar. Walau bagaimanapun, hasilnya tidaklah sebaik penggunaan alat pengadun suara (audio mixer) iaitu alat yang mempunyai banyak saluran input yang boleh dilaras bahannya dan satu output. Alat ini biasa terdapat di studio–studio rakaman.
            Dalam sebuah skrip, terdapat beberapa singkatan yang perlu difahami oleh juruteknik yang mengawal alat rakaman supaya rakaman dapat dijalankan dengan lancar. Berikut merupakan contoh skrip yang mempunyai singkatan yang biasa digunakan:
Pelakon/ Narator
Dialog
Muzik
Kesan bunyi
Muzik tema FI, Fup dimainkan 10 saat
Pencerita
Selamat pagi murid-murid. Hari ini kita akan mendengar sebuah cerita yang mengisahkan…
Muzik tema FD
Muzik tema FUp, FO dimainkan 6 saat
KB1: Enjin kereta dimatikan.
KB2: Hon dibunyikan sekali.
KB3: Pintu kereta ditutup.
Pak Halim
Assalamualaikum,
Assalamualaikum
KB1: Ketukan di pintu kayu bertalu-talu.
KB2: Selak pintu dan pintu kayu dibuka.
Mak Minah
Waalaikumussalam. Apa hal tergesa-gesa ni?
Berikut ialah maksud bagi singkatan-singkatan yang perlu anda ketahui dan gunakan semasa menyediakan skrip.
FI (Fade in)
Muzik masuk perlahan-lahan
FO (Fade out)
Muzik hilang perlahan-lahan
FUp (Fade up)
Muzik menaik perlahan-lahan
FD (Fade down)
Muzik menurun perlahan-lahan
BG (Background)
Muzik latar
8.0 Suntingan
Setelah anda melakukan kerja-kerja rakaman, anda perlu melakukan kerka-kerja penyuntingan bahan bagi memastikan bahan audio anda sempurna dan berkualiti. Anda boleh melakukan penyuntingan melalui beberapa cara, antaranya melalui perisian Sound Forge.
            Sound Forge ialah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio. Selain itu, perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail audio.
8.1 Langkah-langkah menggunakan Sound Forge
1.    Antara Muka Sound Forge
2.    Merakam Suara
3.    Menyunting Audio
4.    Magnify
5.    Pencil
6.    Menyimpan data
9.0 Format Fail Audio
Format fail audio
Keterangan
Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF)
Diguna pakai pada sistem komputer jenis Macintosh, IBM, dan yang serasi dengannya seperti Amiga dan Silicon Graphics. Ia menampung berbagai-bagai jenis saiz sampel pelbagai aras (sehingga 32 bit).
Musical Instrument digital interface (MID, MDI, dan MFF)
Diterima pakai di seluruh dunia bagi tujuan menyimpan audio daripada jenis MIDI.
Sound (SND)
Diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang mempunyai saiz sampel 8 bit.
Roll (ROL)
Mula diperkenalkan oleh Adlib. Inc dan digunakan bersama-sama dengan kad audio yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.
Wave (WAV)
Paling meluas digunakan dan disokong sepenuhnya oleh sistem pengoperasian Windows. Dibangunkan oleh syarikat microsoft dan mampu menyokong rakaman dengan bit-depth setinggi 8 bit (mono dan stereo).
Sun Audio (AU)
Diperkenalkan khas untuk digunakan oleh komputer jenis stesen kerja Sun Microsystem. Ia merupakan format audio 16 bit yang dimampatkan dan sering juga digunakan bagi tujuan penyebaran melalui internet.
Voice (VOC)
Digunakan bersama-sama dengan kad audio jenis Sound Blaster dariCreative Technology. Ia boleh memainkan dan merakamkan audio, sama ada 8 atau 16 bit setelah melalui proses pemampatan atau tidak.
MPEG (Motion Picture Expert Group) Level 3 (MP3)
Format fail yang semakin popular, terutamanya bagi tujuan penyaluran muzik melalui internet. Mempunyai teknik pemampatan yang baik sehingga dapat memampatkan audio bersaiz 45 MB dalam format WAV kepada kira-kira 4 MB dalam format MP3.
Real Audio atau RealMedia (.RA dan .RAM)
Sangat meluas digunakan dalam internet secara langsung sehingga membolehkan siaran radio atau televisyen dimainkan terus melalui internet.

Tajuk 8: OHP dan Transparensi

Posted in Uncategorized on September 6, 2011 by

OHP DAN TRANSPARENSI

Pengenalan

       Projektor OHP dan transparensi semakin popular sebagai bahan Bantu mengajar sejak awal 1980-an. OHP masih merupakan alat Bantu mengajar yang paling berguna dan telah lama mengambil alih tempat papan kapur sebagai alat tradisional utama. Walaupun projektor data berkomputer digunakan secara berleluasa, namun kos yang tinggi bermakna ia tidak dapat mengambil alih sepenuhnya tugas OHP. Harga projektor overhead semakin menurun dan potensi untuk memancarkan imej dari transparensi untuk penggunaan tempatan semakin meningkat. Maka, topic ini akan membincangkan OHP dan fungsinya serta menonjolkan pelbagai kekuatan dan kelemahannya. Panduan asas bagaimana menggunakan OHP secara berkesan, bimbingan terperinci tentang cara menyedia, mereka bentuk, dan menghasilkan transparensi akan dibincangkan.
Projektor Overhead (Overhead Projector) (OHP)
OHP adalah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. OHP digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan bahan pelajaran secara berkesan.
OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.
OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan anda melukis, menulis keterangan tambahan atau pun mengubahsuaikan transparensi yang sedang ditayangkan.
Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
Bahagian utama OHP

 

Bahagian OHP
Fungsi
1.
Cermin / Permukaan Kaca / Pentas Tayangan
Kepingan transparensi / lutsinar yang dipasangkan pada apertur pentas tayangan sebagai dasar untuk meletakkan transparensi.
2.
Lensa objektif
Lensa ini digunakan untuk memfokus imej di skrin.
3.
Tombol pemokus
Ia digunakan untuk mengawal jarak di antara lensa objektif dan permukaan pentas tayangan supaya imej di skrin jelas serta terang.
4.
Peti Sumber Cahaya
Peti OHP yang mengandungi mentol halogen dan kipas penyejuk dan punca elektrik.
5.
Kepala Pengunjur
Mengandungi lensa objektif dan cermin untuk menghalakan sinaran cahaya tayangan ke skrin.
6.
Tiang Kepala Pengunjur
Bahagian bawah tiang ini dipasang pada peti OHP dan di bahagian atasnya terletak kepada pengunjur yang kedudukannya selari dengan cahaya dari pentas tayangan. Tiang ini digunakan untuk memegang kepada pengunjur dan memfokus imej di skrin ketika tayangan.
7.
Kipas Penyejuk Larasuhu
Kipas ini digunakan untuk menyejukkan mentol halogen di dalam peti sumber cahaya.

 

PANDUAN PENGGUNAAN
1.    Sebelum tayangan
ü  Pastikan lensa, permukaan kaca dan kanta berada dalam keadaan bersih.
ü  Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyang-goyang.
ü  Suis projektor pastikan dalam keadaan OFF sebelum anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
ü  Pasangkan ON setelah selesai penyambungan.
ü  Letakkan sekeping lutsinar / transparensi di atas pentas OHP.
ü  Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang sesuai dan elakkan kesan ”Keystone”.
PANDUAN PENGGUNAAN OHP
1.    Sekiranya anda perlu memindahkan projektor ke tempat lain yang lebih sesuai lokasinya, tunggu sehinggan kipas penyejuk larasuhu berhenti.
2.    Fokuskan imej di skrin dan pastikan kawasan tayangan tidak melebihi atau keluar skrin.
8.2 PENGENDALIAN OHP
Pengoperasian OHP:
1.    Kawalan suis.
2.    Pendedahan maklumat secara peringkat-peringkat.
3.    Penggunaan penunjuk (bersifat sopan).
4.    Penulisan terus di atas lutsinar.
Langkah-langkah persembahan OHP:
1.    Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP.
2.    Pastikan semua penonton dapat melihat dengan jelas.
3.    Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum ditayangkan.
4.    Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan elakkan membaca terus daripada skrin.
5.    Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri yang menjadi halangan atau gangguan.
6.    Matikan suis projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitan.
Data teknik OHP:
ü  Tinggi meja OHP dari lantai = 75cm
ü  Jarak dari skrin ke OHP = 2-3 meter
ü  Luas skrin putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar)
ü  Tinggi skrin dari lantai = 1.5m
8.3 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN OHP
Kebaikan menggunakan OHP:
OHP mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah lain dalam mempersembahkan maklumat visual. Sebagai contoh, guru dapat menggunakan OHP seperti papan kapur untuk menulis nota, melakukan pengiraan, dan melukis bahan grafik. Yang unik ialah guru masih dapat menghadap dengan pelajarnya dan ini membolehkan guru mengekalkan pertembungan mata dengan pelajar. Perkara sedemikian tidak dapat dilaksanakan jika guru menulis di papan kapur. Justeru, OHP memainkan peranan penting dalam pengajaran ekspositori dan pemudahcaraan, iaitu bertindak sebagai perantaraan komunikasi tanpa lisan serta sebagai cara memperoleh maklum balas daripada pelajar mengenali perjalanan sesi pengajaran.
OHP boleh digunakan untuk menunjukkan bahan sediakala dan ini membolehkan guru membina pusat pengumpulan nota, rajah, dan jadual yang boleh digunakan berulang kali. Jika dirancang dan direka bentuk dengan baik, bahan transparensi boleh disimpan dan merupakan petunjuk untuk pengajaran dan nota pengajaran konvensional tidak diperlukan lagi. Kita semua maklum bahawa transparensi boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah atau cara (penulisan dengan tangan, melukis, menaip, fotokopi, dan cetakan komputer) dan boleh menggabungkan pelbagai teknik persembahan (penonjolan progresif, penggunaan penutup, dan animasi). Transparensi OHP agat padat berbanding dengan bahan bantuan lain (seperti carta) dan oleh itu mudah disimpan dalam kotak, sampul surat, dan fail.
Bilik yang digunakan untuk memprojeksi transparensi tidak perlu digelapkan. Ini membenarkan pelajar mencatat nota. Guru dan pelajar boleh melihat antara satu sama lain. OHP adalah bersih, senyap, dan mesra pengguna (user friendly) kerana tidak begitu memerlukkan kemahiran teknikal atau pengetahuan semasa menggunakannya. Hanya sekali guru perlu mengubah lampu untuk disesuaikan dengan keadaan.
Bahan yang ingin digunakan boleh dihasilkan dengan mudah oleh guru. Guru hanya perlu menulis di atas kepingan asetat semasa mengajar atau dia boleh menggunakan transparensi yang diproses secara kimia (thermal). Transparensi merupakan medium pengajaran yang mudah diperoleh dan mudah digunakan.
ü  Mudah dikendalikan
ü  Menjimatkan masa pengajaran
ü  Menarik minat pelajar
ü  Boleh disimpan lama
ü  Paparkan imej sebenar
ü  Mempelbagaikan bahan bantu mengajar
Kelemahan menggunakan OHP:
OHP memerlukan bekalan kuasa elektrik dan sekiranya tiada bekalan, alat ini tidak dapat digunakan. Kedudukan projektor amat penting dalam menentukan keberkesanan penggunaannya. Jika projektor tidak diletakkan dengan betul, mungkin menghalang penglihatan pelajar. OHP tidak harus diletakkan di atas meja guru di hadapan bilik darjah. OHP perlu diletakkan di tempat projektor atau meja yang disediakan khas untuknya.
Berbanding dengan papan kapur, OHP memerlukan perbelanjaan untuk penyelenggaraan secara rutin. OHP mudah rosak dan guru dinasihatkan agar menyediakan bal simpanan jika perlu.
Masalah berkait dengan OHP ialah kesukaran menyediakan transparensi yang bermutu dan sempurna. Pengguna kadangkala tidak memberikan perhatian kepada tulisan dan penghasilan grafik. Tulisan yang kecil dan tidak kemas akan menjejaskan keberkesanan penggunaan transparensi.
Oleh sebab OHP merupakan alat yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agak sukar untuk menyusun jadual penggunaannya dalam bilik darjah untuk sejam dan memindahkan OHP ke bilik yang lain untuk masa yang berikutnya. Maka, adalah perlu untuk memastikan setiap bilik mempunyai sebuah OHP jika penggunaannya amat meluas. Ini akan mewujudkan bebanan secara ekonomi.
ü  Tidak ada audio
ü  Masa tayangan tidak lama
ü  Kelas kecil
Transparensi OHP:
Kaedah penggunaan transparensi:
ü  Tindan tindih
ü  Sisipan
ü  Penutup bulat
ü  Penutup bahagian demi bahagian (tetingkap)
ü  Bergulung
Jenis-jenis transparensi OHP:
ü  “Write on” / tulis terus
ü  “Colour” / warna
ü  “Thermal” / peka haba
ü  “Print out” / cetak keluar
ü  “Photocopy” / salin foto
Prinsip penghasilan transparensi
1.    Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar/transparensi dengan peralatan yang sedia ada.
2.    Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.
3.    Tentukan format persembahan. Format memanjang atau menegak.Elakkan daripada mencampuradukkan format.
4.    Pastikan setiap ciptaan(grafik, pernyataan) berada dalam 2sm daripada tepi bahan lutsinar.
5.    Kejelasan huruf bergantung kepada jenis,saiz,jarak antara huruf dan jarak antara baris.
6.    Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jaraj tayangan.
7.    Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.
8.    Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transparensi.
9.    Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.
Teknik penghasilan transparensi
(a)  Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transparensi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
(b)  Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transparensi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.
(c)  Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak.Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingaan 4 jalur dalam satu transparansi.
(d)  Bertindihberlapis
Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.
(e)  Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.
(f)   Animasi/Bergerak
Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarizing diletakkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.
Jenis-jenis transparensi.
(a)  Tulis terus (write-on)
-diperbuat daripada ‘acetate’ dan polyester
-mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1mm dan 0.12mm. Untuk kegunaan am transparensi setebal 0.1mm biasa digunakan.
- Transparensi mempunyai dua saiz iaitu 260mm x 260mm dan DIN A4 (210mmx 297mm)
-menggunakan pena transparensi OHP berasaskan air atau pena berasaskan spirit.
(b) Thermal (infra-merah)
     -diproses dengan mesin “Transperancy Maker”
  -mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On Clear( imej hitam latarbelakang
  jernih), Black On Colour( Imej hitam latarbelakang warna),Colour On Clear (Imej brwarna latarbelakang jernih)
-Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratin akhbar, pensil 2B, bhn fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari laser printer berasaskan debu.
-Panduan menyediakan transparensi thermal seperti berikut:
 (i) Putarkan tombol laras kepada anatara nombor 3 hingga 6 supaya gambar yang dihasilkan akan jelas.
(ii) Letakkan bahan dasar di bawah transparensi thermal di mana bahagian takukan dipenjuru atas kanan di sebelah atas.
(iii) Masukkan bahan dasar dan thermal ke dalam mesin Transperancy maker dan biarkna dari bahan dasar dipindahkan ke transparensi.
(c)  Fotostat/Fotokopi
-diproses dengan menggunakan mesin fotostat (plain paper copier)
-bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan transparensi dimasukkan ke dalam dulang kertas seperti membuat fotostat.
-gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih.
(d) Ink-jet Filem/ Laser Filem [Komputer]
-Ink-jet/Laser Filem/tranperensi boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink-jet seperti printer Canon,Epson dsbnya.Bahan dasar boleh disediakan dengan menggunakan computer dan arahan menyalin sepertimana anda membuat penyalin di atas kertas.

BAB 7 ASAS FOTOGRAFI

Posted in Uncategorized on September 6, 2011 by
1.0 Pengenalan
            Apakah maksud “fotografi”? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, fotografi bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf.
            Fotografi adalah gabungan seni dan sains dalam memaparkan imej ke atas sebatian yang peka pada cahaya.
            Sains dari segi teknikal, peraturan, formula, pendedahan, fokus dan sebagainya.
            Seni pula dari aspek kreatif komposisi, ekspresi manipulasi warna dan sebagainya. Kedua-dua adalah penting untuk menghasilkan persembahan yang nampak professional.
            Perkataan “photography” berasal dari perkataan Perancis “photographie” yang bermaksud “light” + “stylus” , “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya”. Pada awalnya, produk fotografi dinamakan “negatives” (negatif) dan fotograf, atau singkatannya photo (foto).
            Fotografi (photography) berasal dari dua perkataan iaitu “Photo” yang bererti cahaya dan “graph” yang bererti tulisan / lukisan.  Sebagai istilah umum, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar atau foto dari suatu objek dengan merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada media yang peka cahaya. Alat paling popular untuk menangkap cahaya ini adalah kamera.
            Prinsip fotografi adalah menfokuskan cahaya sehingga mampu menangkap cahaya. Medium yang teah dibakar ukuran luminitas cahaya yang tepat akan menghasilkan bayangan identik dengan cahaya yang memasuki medium pembiasan (selanjutnya disebut lensa).
2.0 Sejarah perkembangan Fotografi
            Fotografi adalah hasil dari penemuan. Yang pertama dalam bidang alam menghasilkan kamera, yang kedua dalam bidang kimia menghasilkan film. Asal mulanya kedua penemuan itu tidak ada hubungannya antara satu sama lain sebelum sampai ke kesempurnaan seperti yang kita sekarang kenal serta melahirkan penemuan baru iaitu fotografi.
            Fotografi ialah lukisan menerusi cahaya. Tanpa cahaya fotografi tidak dapat berfungsi. Istilah Photography diperkenalkan pada tahun 1839. Dalam era ledakan ICT perkembangannya amat ketara sekali apabila fotografi telah diadun bersama teknologi ICT dan wujudnya Kamera Digital yang telah merubah dunia fotografi.
            Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya. Kamera digital telah diterima dengan meluas namun fotografi dengan menggunakan filem masih digunakan di kalangan pengamal fotografi.
            Kamera mula diperkenalkan apabila para pelukis menghadapi masalah untuk merakamkan imej potret pada abad 17 dan 18. Justeru itu, mereka mencipta kamera Obscura untuk kemudahan merakam imej.
            Pada abad ke-5 sebelum masihi, seorang yang bernama MoTi, mencipta gejala fotografi. Apabila sebuah ruangan gelap ada lubang yang memancarkan sinar, maka di tembok suatu ruangan tersebut akan terlihat gambar sumber cahaya tadi secara terbalik. Ibn Al-Haitham, seorang Arab juga menemukan gejala yang sama. Gambar foto pertama dibuat pada tahun 1826 selama 8 jam.
            Louis Jacques Mande Daquerre merupakan bapa fotografi dunia (1837). Kamera Obscura merupakan kamera yang pertama kali dipakai untuk menggambar potret. Obscura telah diubahsuai sehinggalah tercipta kamera Kodak (Eastman Kodak) pertama kali ditemukan oleh Snapshooter 1888 di Amerika.
            Tahun 1900, seorang jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya di mana beratnya 1400 paun. Lensa seberat 500 paun. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia seramai 15 orang diperlukan. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
            Di awal kewujudan kamera digital, tidak ramai orang yang menggemarinya terutamanya di kalangan professional. Ini adalah kerana kamera digital generasi awal sekitar hujung tahun 1980an masih menggunakan cirri-ciri kamera kompak.
            Abscura telah diubahsuai secara berterusan sehinggalah tercipta kamera Kodak oleh George Eastman yang bersaiz lebih kecil sekitar 1888. Dari zaman abscura hingga ke era digital dan daripada produk yang mahal dan membebankan untuk dibawa, kamera kini menjadi produk bersaiz kecil, murah dan mesra pengguna.
3.0 Bahagian-bahagian asas dan fungsi kamera.
1.    Lensa [ Kanta ]
o   Lensa memainkan peranan untuk menentukan kualiti dan sifat imej yang terdapat dalam penilik pandangan.
o   Lensa mesti bersih dari debu dan kesan calar.
o   Penjagaan diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.
o   Jenis-jenis Lensa :
a)    Wide Angle Lens
-       Merupakan lensa yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas.
-       Terbahagi kepada Super Wide.
-       Berikut ialah jenis Lensa Wide Angle
   16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm
-       Angka yang lebih kecil bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya.
-       Perlu diingatkan bahawa, sudut yang luas akan membawa kepada kesan lengkung.
b)    Standard Lens
-       Lensa yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia.
-       Lensa ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret.
-       Contoh: 50mm, 55mm, 70mm
c)    Telephoto Lens
-       Lensa yang memiliki sudut pandang yang sempit.
-       Sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh.
-       Lensa ini juga berperanan untuk crouping gambar.
-       Contoh : 135mm, 200mm, 300mm, 500mm, 1000mm
d)    Micro Lens
-       Lensa yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up.
-       Lensa ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lensa Standard dan Telephoto.
-       Contoh: 55mm, 105mm, 200mm
-       Lensa 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lensa 105mm dan 200mm boleh merakam gambar pada micro jarak jauh.
e)    Zoom Lens
-       Lensa yang menggabungkan beberapa ciri lensa yang tersenarai di atas.
-       Ini bermakna dalam satu lensa terdapat dua atau tiga sudut lensa.
-       Contoh: 20mm-55mm, 70mm-135mm, 80mm-200mm
2.    Aperture
o   Adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka.
o   Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
o   Aperture yang lebih besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.
o   Aperture yang kecil pula diwakili oleh nombor yang besar seperti f/6.
o   Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian kecil sahaja.
o   Aperture kecil akan fokus pada semua.
o   Jarak di dalam fokus dipanggil “depth of field”.
o   Aperture ialah alat bukaan lensa yang juga dikenali sebagai f/stop.
o   Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik, f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke dalam filem.
o   Lubang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil ditanda dengan angka yang besar.
o   Contoh aperture analog:
   f32, f22, f16,f11 – lubang kecil
   f8, f5.4, f6   - lubang sederhana
   f3, f3.5, f2, f2.8  - lubang besar
o   Setelah wujudnya kamera digital, aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.
o   Contoh tambahan yang berlaku :
   f32, f30, f22, f20, f16, f12, f11  - lubang kecil
   f10, f8, f5, f5.6, f4  - lubang sederhana
   f3, f3.5, f2, f2.8  - lubang besar
3.    Shutter [ Pengatup ]
o   Tingkap khas untuk mendedahkan filem kepada cahaya mengikut jangka masa yang tertentu.
o   Shutter Speed [ kelajuan pengatup ] adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.
o   Jika dalam keadaan cahaya yang kurang, lama lagi masa yang diperlukan oleh kamera untuk mengumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.
o   Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan lens.
o   Shutter Speed ditanda dengan angka.
o   Contoh Shutter Speed ialah:
   1/B – Shutter Speed paling perlahan
   1/1, ½, ¼, 1/8, 1/15, 1/30  - Shutter Speed perlahan
   1/60, 1/125, 1/250  - Shutter Speed sederhana
   1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000  - Shutter Speed Laju
o   Shutter Speed Laju 1/1 bermaksud bukaan selama  1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya.
o   Namun, satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B.
4.    ISO
o   Untuk mendapatkan gambar yang menarik.
o   Dahulu dikenali sebagai ASA.
o   ISO ialah sensitif filem atau digital kamera pada cahaya.
o   Pada zaman digital ini, ISO mudah dilaras dan diubah.
o   Gunakan ISO yang rendah untuk mendapatkan “aperture” dan “shutter speed” yang diperlukan.
o   Tambahkan ISO untuk “aperture” dan “shutter speed” yang laju.
o   Sebab menggunakan ISO yang perlahan biasanya adalah untuk mengurangkan noise atau “grain” (bintik-bintik pada gambar).
o   Penetapan ISO yang laju biasanya lebih “grain” berbanding dengan ISO yang perlahan.
5.    Focal Length [ Jarak Fokus ]
o   Jarak Fokus dimaksudkan sebagai jarak di antara titik fokus lensa [ focal point] di dataran fokus dengan titik pusat lensa apabila gelung fokus difokuskan kepada infiniti.
o   Perubahan jarak berlaku apabila lensa difokuskan di dalam penggambaran jarak dekat [close-up] di mana kedudukan jarak titik pusat lensa ke titik fokus  lensa adalah besar.
o   Sekiranya jarak fokus jauh digunakan, imej yang lebih besar akan terbentuk.
o   Jarak fokus disukat dalam unit mm.
o   Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan.
6.    Focusing Techniques [ Teknik Memfokus ]
o   Bidang fokus ialah kawasan yang kelihatan jelas apabila lensa difokuskan kapada sesuatu objek.
o   Apabila lensa yang difokuskan ke atas sesuatu subjek, kawasan-kawasan yang akan kelihatan jelas termasuklah kawasan-kawasan 1/3 di bahagian hadapan subjek dan 2/3 di bahagian belakang subjek.
o   Pemprosesan fokus akan menentukan fokus sesuatu subjek dengan cara automatik.
o   Apabila butang pengatup ditekan separuh, satu isyarat infra merah atau frekuansi tinggi akan dipancarkan daripada kamera kepada subjek.
o   Kamera akan memproses lama masa yang diperlukan untuk isyarat tersebut dipantul balik kepada kamera dan diterjemahkan menjadi jarak sebenar subjek dari kamera dan jarak fokus lensa akan diubah secara automatik.
o   Faktor yang mengawal medan fokus:
-       Semakin luas sudut pandangan – medan fokus semakin besar
-       Semakin bertambah jarak memfokus – medan fokus semakin dalam
-       Lebih kecil aperture – medan fokus semakin besar
-       Medan dokus selalunya lebih besar di sekitar titik fokus daripada imej di hadapan
7.    Depth of Field [ Medan Fokus ]
o   Ialah kawasan (area) ketajaman (sharpness) gambar pada lingkungan jarak dari hadapan hingga belakang.
o   Subjek yang difokus akan menjadi tajam (sharp).
o   Selepas memahami Depth Of Field,  selain daripada subjek yang difokus menjadi tajam, subjek di bahagian hadapan dan belakang juga boleh menjadi tajam.
o   Ketajaman subjek yang diperolehi dari bahagian hadapan hingga bahagian belakang subjek yang difokus dipanggil Great Depth of Field.
o   Ketajaman subjek yang terhad di antara bahagian hadapan dan belakang subjek yang difokus dipanggil Shallow Depth Of Field.
o   Depth Of Field dipengaruhi oleh 3 faktor seperti aperture, focusing distance dan focal length.
o   Dalam penggambaran, tiga dimensi yang akan direkod ialah tinggi, lebar dan teraan. Dengan pemutaran gelang fokus, imej akan dilihat melalui penilik pandangan sama ada kabur di bahagian subjek dan tajam di bahagian latar atau sebaliknya.
8.    Filter & Aksesori Kamera
o Diperbuat daripada plastic tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada yang diperbuat daripada kaca yang bermutu.
o Fungsi :
-       Menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak.
-       Memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.
o  Filter ultra violet (UV) membantu mencegah lens agar tidak tercalar.
o Filter biru, merah, kuning, Polarizing membantu membuat pantulan
Star Filter, Multi Filter membantu untuk kesan sampingan ( Special Effect).
       
9.    Suhu Warna [ Colour Temperature ]
o   Teori asas warna disukat dalam unit Kelvin.
o   Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna.
o   Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna.
10.  Jenis dan Sifat Cahaya
o   Fahami sifat asas cahaya melalui teori inverse square law, pantulan cahaya dan sumber cahaya.
o   Ketahui taknik untuk mendapatkan sumber cahaya yang betul untuk subjek tertentu.
o   Kenali sifat natural light, artificial continuous light and flash light.
11. Teknik Penggunaan Flash
o   Membantu kerja-kerja fotografi jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.
o   Flash membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari.
o   Pembinaan flash adalah di luar sesebuah kamera.
o   Pada peringkat awal, flash dibina untuk penggunaan manual. Flash berfungsi mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat.
o   Flash moden telah dibina dengan fungsi  secara automatic. Fungsi flash ini boleh diubahsuai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.
o   Di samping fungsi automatik, fungsi manual masih digunakan. namun, dengan adanya fungsi automatic penggunaan bateri pada flash menjimatkan.
12. Exposure Meter [ Dedahan Meter ]
o   Merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.
o   Exposure Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
o   Terdapat dua jenis Exposure Meter di pasaran
a)    Exposure Meter Binaan Dalam
-       Jenis ini mudah digunakan.
-       Komponennya dibina di dalam kamera.
-       Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai apabila latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat.
-       Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposure Meter jenis ini.
b)    Exposure Meter Bebas Guna
-       Exposure ini direka berasingan dengan kamera.
-       Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposure jenis ini lebih tepat kerana boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar.
-       Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.
-       Exposure Meter Bebas Guna terdapat dalam dua kategori.
                                              i.        Exposure Meter Daylight : hanya mengira cahaya matahari atau cahaya buatan seperti cahaya lampu.
                                            ii.        Exposure Meter Elektronik : untuk mengira cahaya dari lampu flash studio.
4.0 Jenis-jenis kamera
1.    Kamera Kompak / Pocket / Kamera Saku
v  Popular bagi orang awam, sederhana dan mudah dioperasikan.
v  Menggunakan film format 35mm.
v  Murah, ukuran kecil, mudah dan ringan dibawa ke mana-mana.
v  Terdapat peralatan asas kamera.
v  Selalunya, satu lampu imbasan bina dalam dibekalkan dengan kamera.
v  Mungkin terdapat meter dedahan automatik.
2.    Kamera Kotak / Fokus Tetap [Instamatic]
v Terdiri daripada satu lensa ringkas, satu pengatup dan tuil penggerak filem pada satu kotak kedap cahaya ringkas.
v Sesuai untuk membuat snap-shots yang tidak menghiraukan mutu gambarfoto.
v Mempunyai fokus tetap, yakni objek yang berada lebih 2 meter dari kamera akan kelihatan jelas.
v Filem yang kerap digunakan bersama kamera ialah jenis 120, 127, Instamatic dan 110.
3.    Kamera Rangefinder
v Kamera pemidang tilik digabungkan dengan pelaras fokus pada lensa.
v Alat rangefinder yang yang terdapat pada pemidang tilik dapat menentukan jarak fokus pada lensa kamera.
v Dengan memutar pelaras fokus pada lensa ke kiri dan ke kanan sambil melihat melalui pemidang tilik, jurugambar boleh memastikan sama ada objek di hadapan kamera itu kelihatan jelas atau kabur.
v Guna filem format 35mm.
v Sesuai untuk merakamkan bahagian-bahagian yang terperinci dengan lebih sempurna.
4.    Kamera SLR [ Single Lens Reflex ]
v  SLR berfungsi dengan satu lensa dan satu cermin pembalikan. Hasilnya sama dengan apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
v  Popular di kalangan professional dan amatur. Menggunakan lensa utama sebagai pemidang tilik dan sebagai lensa objektif untuk merakam foto.
v  Pandangan yang terdapat pada pemidang tilik akan terakam di atas filem.
v  Lensa objektif boleh ditukar ganti dengan lensa-lensa yang berlainan jarak fokus untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang berlainan.
v  Kamera ini unggul untuk semua jenis fotografi.
v  Secara umumnya, mempunyai lensa yang dapat diganti dan menggunakan filem format 35mm.
5.    Kamera TLR [ Twins Lens Reflex ]
v  Kamera reflek lensa ganda.
v  Menggunakan filem format medium.
v  Mempunyai 2 lensa serupa yang dipasang di atas satu sama lain.
v  TLR ialah kamera 2 lens yang mempunyai peranan masing-masing.
v  Lensa di bawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem.
v  Lensa di atas berfungsi membawa cahaya keViewfinder.
6.    Kamera Viewfinder
v  Biasanya menggunakan format medium.
7.    Kamera DSLR
v  Sangat berguna untuk mengambil gambar bergerak.
v  Mempunyai kemampuan menggunakan flash yang kuat untuk waktu gelap dan menggunakan berbagai-bagai lensa seperti lensa makro untuk objek kecil , lensa lebar untuk pemandangan atau foto kelompok orang (group), lensa telephoto untuk mengambil ga,bar objek dari jauh, lensa zoom untuk mengambil objek dari jauh dan dekat.
8.    Kamera Super Zoom
v  Memiliki jangkauan (zoom) luar biasa panjang, iaitu dari lebar sampai telefoto.
v  Super Zoom juga memiliki filter-filter yang biasanya hanya dimiliki oleh kamera DSLR, seperti mengambil gambar digital negatif (RAW) dan continuous shooting dan respon, fokus yang lebih cepat.
v  Kamera Super Zoom agak besar dan tidak boleh ganti lensa seperti DSLR.
9.    Kamera Advance Compact dengan Manual Setting
v  Salah satu kamera yang lebih mahal daripadacompact, tetapi mempunyai kemampuan yang cukup baik untuk menngingat ukuran yang sangat kecil.
v  Kemampuan baik:
-       Mampu mengambil gambar aksi olahraga
-       Mampu mengambil gambar mikro (objek kecil)
-       Dapat membuat later belakang yang kabur.
10. Kamera Professional
v  Memiliki kemampuan dan kehandalan di atas kamera compact.
v  Selalu digunakan oleh jurugambar professional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.
11. Kamera Instant [ segera ]
v  Boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit sahaja.
v  Persembahan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan cepat.
v  Kamera segere daripada jenama Polaroid adalah tidak asing lagi pada kebanyakan orang asing.
12. Kamera Digital
v  Menggunakan sensor digital sebagai pengganti filem.
v  Kamera digital ialah alat untuk mengambil gambar dari objek  melalui lensa kepada sensor CCD (ada juga yang menggunakan sensor CMOS) yang hasilnya kemudian dirakam dalam format digital ke dalam media digital.
5.0 Filem
Filem ialah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA (American Standard Association), JIS (Japan Industrial Standards), DIN (Deutche Industrie Norme), dan ISO (International Organization of Standardization).
Jenis-jenis filem
Pembahagian filem berdasarkan ukuran:
            Small format (35mm)
            Medium format (100-120mm)
            Large format
Angka di atas bererti ukuran diagonal filem yang digunakan. Setiap jenis ukuran filem baru menggunakan kamera yang berbeza pula.
 Filem hitam putih
Negatif hitam putih menghasilkan cetakan gambar hitam putih.
Filem warna
Negatif warna untuk membuat gambar foto berwarna-warni atau hitam putih.
Filem slaid
Juga disebut filem positif. Untuk mendapatkan slaid berwarna dan boleh dicetak.
Filem daylight
Filem yang peka kepada semua warna dalam spektrum cahaya putih. Kalau filem ini digunakan dalam cahaya mentol elektrik biasa, warna gambar akan kelihatan kuning-kuningan.
Filem tungsten
Filem infra merah (sensitif terhadap panas yang dipantulkan permukaan objek)
Kepekaan Filem
Filem sangat peka pada cahaya. Kadar kepekaan filem yang berlainan ukuran adalah tidak sama. Semakin tinggi nombor, kepekaannya semakin tinggi dan sekiranya nombornya kecil, kepekaannya semakin rendah.
Jika mengambil gambar dalam cahaya matahari terang/ terik, filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah atau sederhana seperti filem ASA 125 atau kurang adalah sesuai. Yang berikut ialah skala kepekaan filem mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh ISO, ASA, dan DIN.
Filem dengan kepekaan tinggi perlu digunakan sekiranya anda mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya seperti di dalam bilik yang bercahayakan lilin atau di ruang yang malap (seperti filem bernombor ISO 500 ke 1000).
Dedahan cahaya yang tepat (correct exposure) kepada filem bergantung pada tiga faktoe utama, iaitu sensitiviti atau kelajuan filem (standard kelajuan filem dinyatakan berdasarkan nombor yang ditetapkan oleh ISO), bukaan apertur lensa, dan kelajuan shutter. Ketiga-tiga faktor tersebut menentukan kualiti fotografi yang dihasilkan. Hal ini merupakan aspek fotografi yang merunsingkan individu yang baru menggunakan kamera manual. Bagi pengguna kamera automatik atau separuh automatik, hasil fotografi mungkin memuaskan kerana kamera telah diprogramkan kombinasi tersebut bagi mendapatkan hasil yang terbaik.
6.0 Teknik Penggambaran
1.    Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepasshuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensazoom atau kelajuan shuttle yang perlahan.
2.    Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flashatau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakanflash.
Jenis-jenis Shot
·        CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
·        MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.
·        BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
·        ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.
·        MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.
·        TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
·        ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.
·        LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
·        WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.
·        Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.
Sudut Pengambilan Kamera
      High Angle (Bird eye view): Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.
      Normal Angle: Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.
      Low Angle (Frog eye view): Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.
Terdapat pelbagai jenis teknik penggambaran fotografi. Antaranya ialah:
1.    Teknik Jarak Dekat
Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yang membantu pengajaran dan pembelajaran apabila guru ingin memberikan fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Contohnya, daripada imej seekor rama-rama yang menghinggapi sekuntum bunga, guru dapat menerangkan proses pendebungaan.
2.    Teknik Jarak Sederhana
Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan maklumat yang lebih banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak sederhana. Fokus jarak sederhana dapat menghasilkan imej pemandangan atau persekitaran yang lebih menyeluruh. Imej pemandangan dan persekitaran sangat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan pemandangan pelajar terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seorang guru Kajian Tempatan dapat meningkatkan pemahaman pelajarnya terhadap pola petempatan atau aktiviti ekonomi penduduk di kawasan yang digambarkan.
3.    Teknik Panning
Teknik ini digunakan dalam foto aksi atau sukan. Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shuttle pada kelajuan shutter yang agak perlahan. Hasil daripada teknik ini ialah imej objek yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yang statik akan kelihatan kabur.
Bagi menghasilkan imej panning yang memuaskan, pusatkan tumpuan kepada subjek melalui viewfinder. Pusingkan bahagian atas badan anda mengikut pergerakan subjek semasa anda menekan shutter bagi dedahan sehingga selesai shutter tertutup.
7.0 Komposisi
Komposisi adalah cara mengatur/ menyusun bahagian-bahagian dari gambar (misalnya garis-garis, bentuk, ruang bebas, bayangan, warna, tekstur, dan lain-lain) agar gambar lebih menarik dan mudah difahamkan. Beberapa prinsip biasa digunakan untuk meningkatkan keberkesanan gambar.“Perlihatkan apa yang anda ingin perlihatkan”, merupakan salah satu prinsip yang baik.
Komposisi merupakan salah satu unsur penentu tingginya nilai estetika karya fotografi. Menurut Charpentier (1993), komposisi adalah cara bagaimana gambar membahagikan sebuah bidang gambar. Penentuan komposisi dilakukan pada saat merakamkan gambar subjek.
Gambar yang dihasilkan itu perlu indah dipandang. Hal ini disebabkan kesesuaian komposisi iaitu:-
·        Latar belakang gambar elok dan kemas supaya objek yang utama dalam gambar itu timbul.
·        Apabila mengambil gambar orang sedang memandang ke kiri, jurugambar hendaklah berada di kanan gambar dan begitulah sebaliknya.
·        Dengan kata lain, dalam sekeping gambar perlu ada unsur perseimbangan – baik dari kiri ke kanan atau atas ke bawah dan depan ke belakang.
Kamera mestilah sentiasa berada dekat dengan mata apabila hendak mengambil gambar. Tangan kiri hendaklah sentiasa digerakkan bagi memfokus jarak jelas. Tekan pelepasshutter perlahan-lahan sehingga bukaan dan katupan sempurna.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan penggambaran, kita harus sentiasa memerhati, melihat, mencari dan memilih sudut sesuai sebelum memetik kamera. Gambar yang terhasil itu nanti menceritakan kepintaran pemetiknya. Dalam keadaan ini amatlah digalakkan penggambaran menggunakan bantuantripod stand.
8.0 Peranan Fotografi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Guru-guru pada hari ini beruntung kerana memiliki pelbagai kemudahan teknologi bagi membantu mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mendidik pelajar mereka. Salah satu jenis teknologi yang memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan melalui teknologi fotografi. Antara peranan fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:-
1.    Menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru kerana pelajar akan lebih minat belajar sekiranya penerangan guru disertakan dengan gambar-gambar yang menarik.
2.    Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep atau tema yang hendak disampaikan kepada pelajar. Melalui gambar, pelajar akan mudah memahami mesej yang disampaikan oleh guru.
3.    Merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir lebih jauh apabila gambar memaparkan sesuatu konsep dengna jelas, malah gambar mendorong penerokaan dan perkembangan idea pelajar.
4.    Tugas guru dalam menerapkan nilai dan kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar menjadi lebih mudah dan berkesan dengan bantuan gambar.

BAB 6 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

Posted in Uncategorized on September 6, 2011 by
Penggunaan Bahan-bahan 2-D dan 3-D
Pengenalan:    
             
Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak member perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar.
Pengertian Bahan 2 Dimensi (2D)
Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan panjang. Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan kedalaman. Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan becetak dan poster yang hanya mempunyai dua cirri, iaitu lebar dan panjang.
Jenis Bahan 2 Dimensi (2D)
Dalam perkembangan teknologi dan bahan digital, banyak guru dan pendidik kurang memberikan nilai kepada bahan pengajaran 2D yang ada kalanya percuma dan ada pula yang murah. Ada antara bahan pengajaran ini boleh diperoleh dengan kos yang rendah atau tanpa kos untuk digunakan dalam bilik darjah. Antara bahan 2D yang dimaksudkan termasuk:
1.    Bahan bercetak
2.    Carta
3.    Graf
4.    Poster
5.    Gambar dan Peta
Bahan Bercetak
Pembelajaran dalam bilik darjah sememangnya bermula dengan penggunaan bahan bercetak sebagai bahan pengajaran guru. Sejak dahulu buku teks merupakan asas dalam pengajaran bilik darjah yang merangkumi buku teks, buku rujukan, panduan guru dan pelajar, lembaran kerja serta bahan-bahan bercetak yang disediakan oleh guru. Apabila penggunaan surat khabar dalam pendidikan dilaksanakan, surat khabar dan majalah kini digunakan sebagai bahan sokongan kepada guru dalam bilik darjah.
Buku Teks                         
Buku teks merupakan asas pengajaran dalam bilik darjah dari dahulu lagi. Walaupun perkembangan elektronik telah menghasilkan pelbagai sumber media dan bahan bercetak untuk manusia, buku teks masih tidak dapat digantikan dalam bidang pendidikan. Buku teks memainkan peranan yang penting dala mengekalkan kualiti dan keberkesanannya. Buku teks merupakan komponen bahan bacaan dan amat penting dalam membekalkan kandungan. Buku teks ditulis berdasarkan kandungan subjek dan hasil pembelajaran kurikulum kebangsaan.
            Buku teks ditulis berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar yang merupakan sokongan kepada guru dan bukan mengongkong mereka. Buku teks membekalkan satu asas yang kukuh untuk pembelajaran pelajar dan satu cara untuk menambah maklumat dan pengetahuan. Di tempat yang kekurangan guru yang pakar dan berpengalaman, buku teks menyediakan panduan berguna kepada guru untuk mengikutinya. Setiap guru harus menentukan bagaimana dan setakat mana satu teks akan digunakan.
            Buku teks yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan pelajar menggunakan maklumat untuk kegunaan masing-masing, memperoleh penyelesaian, menguji kaji, dan menyediakan peuang untuk pelajar menilai prestasi mereka. Latihan sampingan harus menyokong proses pendidikan danmenggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri.

 

Bahan Bacaan Percuma
Bahan-bahan yang boleh diperoleh secara percuma dan murah amat berguna untuk menokok tambah maklumat dalam kebanyakan subjek. Antara bahan ini termasuk poster, brosur, risalah laporan, carta dan sebagainya.  Kebaikannya ialah bahan bercetak percuma dan murah ini membekalkan maklumat yang terkini dan tidak dapat diperoleh daripada buku teks. Bahan-bahan sedemikian mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan. Pelajar boleh meneroka perkara-perkara yang menarik minat mereka atau menggunakannya untuk pembelajaran kendiri.
Poster              
                  
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-garisan, hurufan-hurufan dan warna-wama di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.
       Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna-warna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spotan. Walaupun demikian, guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster itu boleh lapuk dek masa — mesejnya akan hilang sedikit demi sedikit kerana poster itu sudah menjadi satu bahan ‘kebiasaan’! Oleh yang demikian, agar sebarang poster itu betul-betul berkesan, guru mesti sentiasa menukarnya apabila peristiwa atau acara tersebut telah lama berlalu. Begitu juga dengan carta atau grafik-grafik yang lainnya- usahlah jadikan bahan-bahan tersebut sebagai perhiasan dinding semata-mata! Selepas bahan-bahan im selesai dipergunakan, tanggalkan dan disimpan untuk kegunaan pada masa lain pula.
Kelebihan Poster
Poster boleh digunakan dengan baik untuk beberapa situasi pengajaran dan pembelajaran:
1.    Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
2.    Sebagai motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah   perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber Sekolah, Kempen Gerakan Membaca, dan lain-lain.
3.     Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.
4.     Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.
Kartun
Kartun adalah format grafik yang amat terkenal yang boleh terdapat dalam pelbagai bentuk bahan tercetak seperti akhbar, majalah dan buku. Kartun adalah lakaran humor berbentuk universal, mempunyai kebolehan istimewa untuk menarik perhatian orang ramai, dan kadang-kala boleh mempengaruhi tingkah laku dan pandangan individu terhadap sesuatu perkara atau isu. Mesej yang hendak disampaikan oleh kartun selalunya jelas dan tepat.
Memang tidak dapat dinafikan keajaiban watak-watak kartun seperti Mickey Mouse, Garfield, Popeye atau Din Teksi dalam komunikasi kanak-kanak. Guru sepatutnya menggunakan ‘ keajaiban’ tersebut sebagai salah satu pendekatan dalam menyampaikan bahan pengajarannya. Kartun boleh digunakan sebagai satu sumber penggerak di dalam situasi-situasi tertentu. Sebagai contoh, kartun Din Teksi atau Keluarga Si Mamat boleh digunakan sebagai sumber perbincangan dalam mata pelajaran Alam dan Manusia ataupun Bahasa.
Kartun mudah diperolehi-dari akhbar atau majalah ataupun boleh dilukis sendiri oleh guru. Sebelum kartun dapat digunakan dengan sempurna, pemilihan kartun dari segi penggunaan bahasa, sikap yang dipaparkan perlu diambil kira terlebih dahulu.
Kebanyakan kartun memang melucukan tetapi di sebalik kelucuan tersebut tersirat berbagai-bagai mesej yang kurang sihat. Murid akan menjadi lebih seronok kalau mereka digalakkan oleh guru untuk mencapai kartun-kartun mereka sendiri untuk dimuatkan dalam bulletin kelas, poster, carta dan lain-lain. Kanak-kanak memang meminati kartun dan mereka akan menjadi bangga dan seronok sekiranya mereka senilri digunakan oleh guru sebagai salah satu bahan pengajaran dalam kelas.
 Kelebihan Bahan Bercetak
1. Bahan cetak amat mudah diperoleh dalam pelbagai topic dan bentuk.
2. Kebanyakan bahan boleh digunakan dengan mudah dan tidak perlu banyak
    penerangan.
3. Bahan ini boleh dialih dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Secara bandingan, bahan bercetak lebih murah dari segi penghasilan atau
    pembelian. Ada yang boleh diperoleh dengan percuma.
Kelemahan Bahan Bercetak
1. Bahan bercetak ditulis dengan sasaran pembaca tertentu. Maka ada kalanya
pelajar tidak dapat memahami kandungan kerana terlalu sukar untuk mereka.
2. Ada guru yang menyuruh pelajar manghafal bahan, terutamanya fakta dan definisi. Maka,
    amalan penggunaan bahan bercetak telah dianggap sebagai bahan hafalan.
3. Ada kalanya terlalu banyak perbendaharaan kata dalam satu petikan. Ini akan menyebabkan
    beban kognitif terhadap pelajar.
4. Bahan bercetak tidak bersifat interaktif dan merupakan persembahan maklumat secara satu
    hala.
            Walau bagaimanapun, bahan bercetak paling sesuai dalam menyampaikan maklumat. Pelajar sentiasa diperlukan untuk membaca tugasan bertulis, ujian, dan lembaran kerja buatan guru. Tambahan pula, pelajar menggunakan bahan bercetak untuk menambah maklumat yang tidak diperleh daripada buku teks.
Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan sesuatu konsep atau idea yang kompleks secara lisan dan bertulis. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu. Menurut Smaldino et al. (2005), carta sentiasa dipamerkan dalam buku teks dalam bentuk carta aliran dan jadual. Ia juga dicetak sebagai carta dinding dalam bentuk carta organisasi, carta kasifikasi, dan garisan masa digunakan untuk tontonan semua daam kelas atau secara berkumpulan.
       Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Maklumat yang ingin disampaikan harus minimum dan bermakna serta tidak terlalu padat sehingga mengelirukan pemahaman pelajar. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visualnya.
Jenis-Jenis Carta
Jenis-jenis carta termasuk carta organisasi, carta klasifikasi, carta garisan masa, jadual-jadual, carta aliran.
Carta Organlsasi yang menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam suatu organisasi, kumpulan dan sebagainya.
Carta klasifikasi menyerupai carta organisasi dan lebih kerap digunakan untuk  mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya. Pelajar boleh melihat dengan jelas jika guru menunjukkan carta klasifikasi. Kaedah pengajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar boleh digunakan.
Garisan masa (timelines) menggambarkan perhubungan secara kronologi antara peristiwa. Ia boleh menunjukkan peristiwa bersejarah seperti dalam contoh penaklukan Melaka mengikut kronologi masa reka cipta jeni pengangkutan dan sebagainya. Garisan masa ini amat berguna utuk merumuskan satu siri peristiwa dalam bentuk yang mudah.
Carta jadual/ tabular biasanya mengandungi data dalam bentuk nombor, peratus ataupun masa. Carta ini memberikan maklumat ringkas mengenai jadual seperti pelepasan dan ketibaan penerbangan, kereta api ataupun import/ export barangan. Jenis jadual ini memberikan maklumat yang lengkap adan mudah tentang masa/ peratus yang dipersembahkan dalam kolum.

 

Bil
Dari
Ke
Masa Berlepas
Masa Ketibaan
catatan
1
Kuala Lumpur
Pulau Pinang
13.40
16.30
2
Kuala Lumpur
Kuala Terengganu
16.00
16.50
3
Kuala Lumpur
Kota Bharu
20.20
21.10
4
Kuala Lumpur
Johor Bahru
22.30
23.20

 

Carta aliran merupakan carta proses yang menggambarkan satu sekuen, prosedur atau aliran sesuatu proses (Smaldino, 2005). Carta ini menunjukkan bagaimana sesuatu saktiviti atau prosedur berhubung kait antara satu sama lain.
Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh-tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu persembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran-pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk dipergunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada 2 faktor penting:
 i. kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan,
 ii. tahap fahaman atau penerimaan anak murid.
Penggunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.
 Jenis-Jenis Graf
      i.        Graf Bar atau Batang,
    ii.        Graf Gambar atau Pictograf,
   iii.        Graf Bulat atau Pie,
   iv.        Graf Garisan.
Graf Bar atau Batang
Data-data ditukar menjadi blok atau batang atau bar yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala memenunjukkan perubahan kuantiti.
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf bar adalah mudah untuk dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.
Graf Gambar atau Pictograf
Untuk graf ini pula, data-data ditukarkan menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai yang dipaparkan tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah baik kalau guru dapat menulis unit nilai setiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.
Graf Bulat atau Pie
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa segmen. Setiap segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf ienis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difaham oleh anak murid.
Graf garisan
Ini ialah bentuk graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garisan ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-titik tadi disambungkan dengan garis lurus ataupun garis lengkung.
Graf garisan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi – bagaimana 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.
Gambar dan Peta
Gambar
            Gambar merupakan bahan visual 2D yang paling kerap digunakan selain bahan bercetak. Gambar merupakan perwakilan visual manusia, tempat-tempat atau benda-benda. Gambar boleh diperoleh daripada majalah, surat khabar, poster, poskad dan kalender. Gambar membantu guru menerangkan sesuatu yang mungkin sukar untuk dihuraikan dengan perkataan, seperti pepatah Inggeris yang berbunyi a picture is worth a thousand words. Mamandangkan gambar merupakan suatu universal language which is self explanatory, ia dapat menyampaikan maklumat tanpa bantuan perkataan. Gambar dapat membantu pelajar yang lemah utuk memahami sesuatu walaupun manghadapi masalah perbendaharaan kata semasa membaca.
            Gambar yang diperoleh daripada pebagai sumber adalah murah dan mudah diperoleh. Gambar harus digunakan dengan baik untuk membawa pembelajaran yang bermakna kepada pelajar. Guru harus memilih, mengkatalog dan memfailkan gambar secara teratur sebelum ia mempunyai niai dalam pengajaran.
            Guru boleh mengguakan gambar utuk memulakan sesuatu topic atau unit; semasa penerangan dalam peringkat perkembangan atau pada penutup pelajaran. Semasa menggunakan gambar, pastikan gambar adalah besar dan boleh dilihat oleh semua pelajar dalam bilik darjah. Guru perlu menarik perhatian pelajar kepada gambar supaya pelajar dapat mentafsir dan memahami mesej yang terdapat dalam gambar.
           Guru juga perlu memberikan peluang pelajar membincang serta mengesan perkara-perkara penting dalam gambar. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai pemudah cara dala perbincangan untuk menarik minat pelajar kepada perkembangan idea baharu serta cirri ingin tahu pelajar terhadap perbincangan.
Beberapa soalan perlu dikemukakan semasa memilih gambar sebagai bahan pengajaran.
1.    Adakah gambar autentik?
2.    Adakah gambar menunjukkan situasi sebenar?
3.    Adakah gambar itu mudah untuk difahami?
4.    Adakah gambar ingin menunjukkan terlalu banyak aspek?
5.    Adakah gambar baik secara teknikal- fokus betu dan jelas?
6.    Adakah gambar itu dapat menarik minat dan perhatian pelajar?
7.    Adakah gambar besar dan jelas?
8.    Adakah gambar relevan untuk topik yang diajar?
Kelebihan Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Antara kelebihan menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah:
1.    Gambar adalah murah dan mudah diperoleh.
2.    Perincian visual gambar memudahkan permahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahami.
3.    Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya untuk membetulkannya.
4.    Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian, bacaan tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai bukti visual merupakan alat yang amat berkesan dalam hal ini.
5.    Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.
Limitasi Penggunaan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.
2.    Kurangnya warna dalam sesetengah gambar boleh mengehadkan ketepatan tafsiran.
3.    Ada kala pelajar menghadapi masalah mentafsir dan memahami gambar.
4.    Kurang berkesan jika gambar tidak diberikan kepada setiap pelajar atau tidak diprojeksikan dengan baik untuk seluruh kelas.
Panduan Penggunaan Gambar
1.    Untuk alat Bantu mengajar , gunakan gambar yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
2.    Semasa digunakan, letak gambar di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar berkedudukan tegap.
3.    Hadkan jumlah gambar  yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
4.    Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.
5.    Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar yang dipamerkan.
Peta
Peta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di mana manusia tinggal. Peta terdiri daripada simbol visual, garisan, dan warna yang mungkin tidak ada kaitan atau persamaan dengan bahan-bahan sebenar yang diwakili.
            Membaca dan mentafsir peta perlu diajar kerana simbol-simbol tidak bermakna kepada pelajar sehingga mereka diajar tentang simbol-simbol peta yang mewakili benda-benda sebenar. Setelah memahami konsep ini, barulah pelajar dapat mentafsir simbol-simbol untuk menjadi sesuatu yang bermakna.
            Penggunaan warna dalam peta juga menunjukkan dengan jelas pelbagai perbandingan dan klasifikasi. Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah tinggi dengan tanah pamah, pelbagai jenis tumbuhan, dan tanah dengan laut.
            Peta dinding mempunyai beberapa kelebihan walaupun agar sukar untuk memprojeksikan ke atas satu peta dinding. Dengan beberapa projeksi peta, banyak kesukaran dapat diatasi dengan setiap peta menunjukkan pelbagai ciri bentuk, arah, jarak, dan kawasan daripada bahagian bumi.
            Peta dinding yang mempunyai nilai yang tinggi harus tidak padat dengan maklumat dan hanya menekankan beberapa maklumat serta memfokus kepada ciri/ aspek-aspek penting sahaja.
Bahan Tiga Dimensi (3D)
Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia.
            Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi.
            Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik darjah selain di tempat bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3D member pelajar peluang untuk meneliti, membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta oleh manusia. Antara 3D yang akan dibncangkan termasuk reali, model, diorama, dan ciptaan tiruan yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Realia
Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan realia adalah seperti daun dan haiwan kecil yang berada di persekitaran.Reali digunakan secara meluas dalam bilik darjah dan amat bernilai dalam merangsangkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran aktif. Dengan mempersembahkan maklumat melalui pelbagai media, realia membantu pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah dan untuk membina an associative bridge between the classroom and the world.
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
(a) Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.
(b) Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia.
Contoh, ikan dan serangga.
(c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya specimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun bolh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.
Model
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
Beberapa pecahan jenis model:
(a) Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil denganberpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.Contohnya keretapi dan kapal terbang.
(b) Model Olok-olok
Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.
Contoh: model enjin keretapi dan neraca.
(c) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan selalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kuli manusia.
Diorama
Diorama bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat asal kejadian.
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.
Akuarium dan Terrarium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.
Akuarium
Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut.
Terrarium
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kurakura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.
Boneka atau Patung
Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah
(a) Boneka sarung Tangan
(b) Boneka Lidi
(c) Wayang Kulit
(d) Boneka Bertali
(e) Topeng
Boneka sarung tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota bandan boneka tersebut.
Wayang Kulit
Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan baying-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
Boneka Bertali
Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

BAB 5 KONSEP ASAS GRAFIK

Posted in Uncategorized on September 6, 2011 by
PENGENALAN :
Memperkenalkan konsep dan prinsip asas grafik sebagai sumber untuk membantupembinaan media pembelajaran yangberkesan.
ØGrafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebihketerangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

 

ØGrafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
REKA BENTUK VISUAL
•Visual ialah sesuatu yang boleh diperhatikan
•Alat komunikasi yang lebih konkrit/baik berbanding komunikasi verbal.
•Dalam P&P penggunaan bahan visual sangat penting.
•Namun keberkesanan visual bergantung kepada reka bentuk dan kualiti visual itu sendiri.

Visual boleh didapati dalam 3 bentuk;

Fotografik

Elektronik

      Grafik

Visual Grafik terbahagi kepada 2;

ØVisual analogik.

(simbol mewakili konsep)

ØVisual organisasi.

(carta aliran, graf, peta, carta kategori)

 

1.  Visual analogik

 

nMeyampaikan konsep/topik secara analogy
nContoh:  Visual sel putih melawan jangkitan bakteria atau sistem solar untuk menjelaskan komposisi atom

 

2.  Visual Organisasi

nMeliputi carta aliran, graf, peta, dan carta organisasi
nVisual ini boleh menunjukkan hubungan antara satu konsep dengan lain atau menjelaskan susunan konsep dalam bentuk teks (tulis)

Ciri-ciri visual yang baik;

 

-Mudah dan jelas.
-Mesej dapat ditafsir.
-Mendorong interaksi yang aktif.

Membantu memfokuskan perhatian

 

 

sigh

Posted in Uncategorized on July 13, 2011 by

this is why I don’t follow politics.confused which one is the truth

BAB 4 PEMILIHAN MEDIA PEMBELAJARAN

Posted in Uncategorized on July 13, 2011 by

PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

Pemilihan harus dilihat dari segi kesesuaiannya untuk menepati hasilan pembelajaran,kos efektif serta praktikaliti penggunaan perkakasan dan perisiannya. Model ASSURE oleh Robert Hienich dan rakan-rakan (Smaldino S.E et al., 2005) yang dipelajari ketikaberkursus boleh dijadikan panduan dalam proses pemilihan media pengajaran.

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:

1)    Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;

2)    Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan

3)    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

a) Memilih Kaedah

Dalam satu sesi pengajaran terdapat beberapa kaedah yang berbeza yang boleh
dijalankan. Contoh:

  • Membuka minat pelajar dengan memulakan set induksi dengan kaedah simulasi dan diikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang baru.
  • Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar.

b) Memilih Media

Pemilihan media dilihat dari dua aspek;

1)    Memilih media yang telah tersedia; dan

2)    Memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya.

Pemilihan media pengajaran perlu berasaskan kriteria yang tertentu;

  • Sepadan dengan kurikulum;
  • Maklumat tepat dan terkini;
  • Bahasa yang jelas dan tepat;
  • Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
  • Menggalakkan penglibatan pelajar;
  • Mempunyai teknikal kualiti yang baik;
  • Terdapat bukti keberkesanannya;
  • Bebas daripada bias; dan
  • Mempunyai buku panduan yang lengkap.

Media tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikan seperti;

Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian Teknologi Pendidikan, Agensi kerajaan, Agensi swasta; dan sebagainya.

c) Mereka Bentuk Media

Seandainya gagal untuk memilih media yang sesuai, maka penting bagi pengajar
untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri.

perkara yang perlu diambil kira ketika mereka bentuk media, antaranya :
i.Objektif;
ii.Pelajar;
iii.Kos;
iv.Kepakaran teknikal;
v.Peralatan;
vi.Fasiliti;
vii.Masa.

PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal.Kecanggihan media atau media yang cantik, jika gagal digunakan dengan baik,akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran.

Terdapat lima langkah penggunaan media yang baik:
a)Pribiu (preview) bahan;
b)Sediakan bahan;
c)Sediakan persekitaran;
d)Sediakan pelajar; dan
e)Sediakan pengalaman pembelajaran.

PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran.

Sebelum sesi pengajaran, analisis pelajar perlu dilakukan supaya sesuai dengan :
1) Kandungan;

2)Kaedah; dan

3)Media yang akan digunakan.

Media perlu dinilai sebelum digunakan.

±Penilaian melibatkan aspek berikut:

Menilai pencapaian pelajar;
Pembelajaran yang dihasilkan;
Menilai media dan kaedah;
Kualiti media;
Penggunaan guru; dan

Penggunaan murid

Kualiti media perlu dilihat dari aspek berikut:

±Adakah media berkesan?
±Bolehkan ia dipertingkatkan?
±Adakah ia berguna?
±Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
±Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
±Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Garis panduan menilai media:

±Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;
±Menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);
±Memperkembang kemahiran berfikir;
±Menyampai kandungan secara mendalam;
±Merangsang naluri ingin tahu pelajar;
±Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;
±Memboleh penerokaan isu secara mendalam;
±Menghubungkait bidang pelajaran; dan
±Meningkatkan nilai murni.

    BAB 3 MEDIA PENGAJARAN

    Posted in Uncategorized on July 12, 2011 by

    KONSEP MEDIA PENGAJARAN

    Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan.

    MEDIA atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima.

    Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat  serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran.

    JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA

    Media boleh dibezakan melalui:

    a. Bentuk fizikal atau format

    b. Atribut atau ciri

    Media pengajaran terbahagai kepada dua:

    a. Media Cetak

    b. Media bukan cetak

    Pengkelasan Media

    1. Media Tayang Kaku    contoh: transparensi, slaid dan mikrofilem

    2. Media Tayang Bergerak  contoh: pita video, cakera padat digital dan filem

    3. Bahan Grafik    contoh: lukisan, poster, kartun, carta dan graf

    4. Gambar Kaku gambar   contoh: foto, kad imbasan dan poskad

    5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model, boneka, diorama dan pupet

    6. Papan Paparan/Pameran  contoh: papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin

    7. Media Audio contoh: pita kaset, cakera padat dan komputer

    8. Media Cetak   contoh: modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

    FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN  DAN  PEMBELAJARAN

    Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif
    pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya
    dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah
    difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.
    Antara fungsi media pengajaran ialah:
    (a) Memperjelaskan Penyampaian Mesej
    Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih  konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.
    (b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera
    Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
    (i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
    (ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.
    (iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.
    (iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll.
    (v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

    (c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

    (d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

     :)

    :)

    welcome ! :)

    Posted in Uncategorized on July 6, 2011 by

    assalamualaikum ! tak jawab dosa, jawab sayang. hehe. blog ini ditubuhkan untuk Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( TMK ) dan mesti education blog okay. eh, terformal la pulak ! banyak masa lapang jangan lupe jenguk blog ni ye :)

    grief-quote LIFEhand,lettering,being,cool,being,nice,quote,quotes,being,nice,makes,you,cool-ffd1c8c7fa5fab889da0e0400d7a3cc5_h

    images BEAUTY