ainayangpunya

I'm left handed

Tajuk 8: OHP dan Transparensi

OHP DAN TRANSPARENSI

Pengenalan

       Projektor OHP dan transparensi semakin popular sebagai bahan Bantu mengajar sejak awal 1980-an. OHP masih merupakan alat Bantu mengajar yang paling berguna dan telah lama mengambil alih tempat papan kapur sebagai alat tradisional utama. Walaupun projektor data berkomputer digunakan secara berleluasa, namun kos yang tinggi bermakna ia tidak dapat mengambil alih sepenuhnya tugas OHP. Harga projektor overhead semakin menurun dan potensi untuk memancarkan imej dari transparensi untuk penggunaan tempatan semakin meningkat. Maka, topic ini akan membincangkan OHP dan fungsinya serta menonjolkan pelbagai kekuatan dan kelemahannya. Panduan asas bagaimana menggunakan OHP secara berkesan, bimbingan terperinci tentang cara menyedia, mereka bentuk, dan menghasilkan transparensi akan dibincangkan.
Projektor Overhead (Overhead Projector) (OHP)
OHP adalah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. OHP digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan bahan pelajaran secara berkesan.
OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.
OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan anda melukis, menulis keterangan tambahan atau pun mengubahsuaikan transparensi yang sedang ditayangkan.
Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
Bahagian utama OHP

 

Bahagian OHP
Fungsi
1.
Cermin / Permukaan Kaca / Pentas Tayangan
Kepingan transparensi / lutsinar yang dipasangkan pada apertur pentas tayangan sebagai dasar untuk meletakkan transparensi.
2.
Lensa objektif
Lensa ini digunakan untuk memfokus imej di skrin.
3.
Tombol pemokus
Ia digunakan untuk mengawal jarak di antara lensa objektif dan permukaan pentas tayangan supaya imej di skrin jelas serta terang.
4.
Peti Sumber Cahaya
Peti OHP yang mengandungi mentol halogen dan kipas penyejuk dan punca elektrik.
5.
Kepala Pengunjur
Mengandungi lensa objektif dan cermin untuk menghalakan sinaran cahaya tayangan ke skrin.
6.
Tiang Kepala Pengunjur
Bahagian bawah tiang ini dipasang pada peti OHP dan di bahagian atasnya terletak kepada pengunjur yang kedudukannya selari dengan cahaya dari pentas tayangan. Tiang ini digunakan untuk memegang kepada pengunjur dan memfokus imej di skrin ketika tayangan.
7.
Kipas Penyejuk Larasuhu
Kipas ini digunakan untuk menyejukkan mentol halogen di dalam peti sumber cahaya.

 

PANDUAN PENGGUNAAN
1.    Sebelum tayangan
ü  Pastikan lensa, permukaan kaca dan kanta berada dalam keadaan bersih.
ü  Tempatkan OHP di atas sebuah meja kukuh dan tidak bergoyang-goyang.
ü  Suis projektor pastikan dalam keadaan OFF sebelum anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
ü  Pasangkan ON setelah selesai penyambungan.
ü  Letakkan sekeping lutsinar / transparensi di atas pentas OHP.
ü  Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang sesuai dan elakkan kesan ”Keystone”.
PANDUAN PENGGUNAAN OHP
1.    Sekiranya anda perlu memindahkan projektor ke tempat lain yang lebih sesuai lokasinya, tunggu sehinggan kipas penyejuk larasuhu berhenti.
2.    Fokuskan imej di skrin dan pastikan kawasan tayangan tidak melebihi atau keluar skrin.
8.2 PENGENDALIAN OHP
Pengoperasian OHP:
1.    Kawalan suis.
2.    Pendedahan maklumat secara peringkat-peringkat.
3.    Penggunaan penunjuk (bersifat sopan).
4.    Penulisan terus di atas lutsinar.
Langkah-langkah persembahan OHP:
1.    Jarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP.
2.    Pastikan semua penonton dapat melihat dengan jelas.
3.    Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul sebelum ditayangkan.
4.    Perhatian hendaklah ditumpukan kepada penonton dan elakkan membaca terus daripada skrin.
5.    Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri yang menjadi halangan atau gangguan.
6.    Matikan suis projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitan.
Data teknik OHP:
ü  Tinggi meja OHP dari lantai = 75cm
ü  Jarak dari skrin ke OHP = 2-3 meter
ü  Luas skrin putih = 1.5m x 1.5m (untuk kelas 30 pelajar)
ü  Tinggi skrin dari lantai = 1.5m
8.3 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENGGUNAAN OHP
Kebaikan menggunakan OHP:
OHP mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah lain dalam mempersembahkan maklumat visual. Sebagai contoh, guru dapat menggunakan OHP seperti papan kapur untuk menulis nota, melakukan pengiraan, dan melukis bahan grafik. Yang unik ialah guru masih dapat menghadap dengan pelajarnya dan ini membolehkan guru mengekalkan pertembungan mata dengan pelajar. Perkara sedemikian tidak dapat dilaksanakan jika guru menulis di papan kapur. Justeru, OHP memainkan peranan penting dalam pengajaran ekspositori dan pemudahcaraan, iaitu bertindak sebagai perantaraan komunikasi tanpa lisan serta sebagai cara memperoleh maklum balas daripada pelajar mengenali perjalanan sesi pengajaran.
OHP boleh digunakan untuk menunjukkan bahan sediakala dan ini membolehkan guru membina pusat pengumpulan nota, rajah, dan jadual yang boleh digunakan berulang kali. Jika dirancang dan direka bentuk dengan baik, bahan transparensi boleh disimpan dan merupakan petunjuk untuk pengajaran dan nota pengajaran konvensional tidak diperlukan lagi. Kita semua maklum bahawa transparensi boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah atau cara (penulisan dengan tangan, melukis, menaip, fotokopi, dan cetakan komputer) dan boleh menggabungkan pelbagai teknik persembahan (penonjolan progresif, penggunaan penutup, dan animasi). Transparensi OHP agat padat berbanding dengan bahan bantuan lain (seperti carta) dan oleh itu mudah disimpan dalam kotak, sampul surat, dan fail.
Bilik yang digunakan untuk memprojeksi transparensi tidak perlu digelapkan. Ini membenarkan pelajar mencatat nota. Guru dan pelajar boleh melihat antara satu sama lain. OHP adalah bersih, senyap, dan mesra pengguna (user friendly) kerana tidak begitu memerlukkan kemahiran teknikal atau pengetahuan semasa menggunakannya. Hanya sekali guru perlu mengubah lampu untuk disesuaikan dengan keadaan.
Bahan yang ingin digunakan boleh dihasilkan dengan mudah oleh guru. Guru hanya perlu menulis di atas kepingan asetat semasa mengajar atau dia boleh menggunakan transparensi yang diproses secara kimia (thermal). Transparensi merupakan medium pengajaran yang mudah diperoleh dan mudah digunakan.
ü  Mudah dikendalikan
ü  Menjimatkan masa pengajaran
ü  Menarik minat pelajar
ü  Boleh disimpan lama
ü  Paparkan imej sebenar
ü  Mempelbagaikan bahan bantu mengajar
Kelemahan menggunakan OHP:
OHP memerlukan bekalan kuasa elektrik dan sekiranya tiada bekalan, alat ini tidak dapat digunakan. Kedudukan projektor amat penting dalam menentukan keberkesanan penggunaannya. Jika projektor tidak diletakkan dengan betul, mungkin menghalang penglihatan pelajar. OHP tidak harus diletakkan di atas meja guru di hadapan bilik darjah. OHP perlu diletakkan di tempat projektor atau meja yang disediakan khas untuknya.
Berbanding dengan papan kapur, OHP memerlukan perbelanjaan untuk penyelenggaraan secara rutin. OHP mudah rosak dan guru dinasihatkan agar menyediakan bal simpanan jika perlu.
Masalah berkait dengan OHP ialah kesukaran menyediakan transparensi yang bermutu dan sempurna. Pengguna kadangkala tidak memberikan perhatian kepada tulisan dan penghasilan grafik. Tulisan yang kecil dan tidak kemas akan menjejaskan keberkesanan penggunaan transparensi.
Oleh sebab OHP merupakan alat yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agak sukar untuk menyusun jadual penggunaannya dalam bilik darjah untuk sejam dan memindahkan OHP ke bilik yang lain untuk masa yang berikutnya. Maka, adalah perlu untuk memastikan setiap bilik mempunyai sebuah OHP jika penggunaannya amat meluas. Ini akan mewujudkan bebanan secara ekonomi.
ü  Tidak ada audio
ü  Masa tayangan tidak lama
ü  Kelas kecil
Transparensi OHP:
Kaedah penggunaan transparensi:
ü  Tindan tindih
ü  Sisipan
ü  Penutup bulat
ü  Penutup bahagian demi bahagian (tetingkap)
ü  Bergulung
Jenis-jenis transparensi OHP:
ü  “Write on” / tulis terus
ü  “Colour” / warna
ü  “Thermal” / peka haba
ü  “Print out” / cetak keluar
ü  “Photocopy” / salin foto
Prinsip penghasilan transparensi
1.    Rancang kaedah atau teknik yang sesuai sebelum memulakan kerja-kerja membuat lutsinar/transparensi dengan peralatan yang sedia ada.
2.    Analisis maklumat yang akan disampaikan dengan teliti dari aspek kegunaan, objektif dan kandungan.
3.    Tentukan format persembahan. Format memanjang atau menegak.Elakkan daripada mencampuradukkan format.
4.    Pastikan setiap ciptaan(grafik, pernyataan) berada dalam 2sm daripada tepi bahan lutsinar.
5.    Kejelasan huruf bergantung kepada jenis,saiz,jarak antara huruf dan jarak antara baris.
6.    Imej terkecil di layar haruslah 1 inci tingginya bagi setiap 30 kaki jaraj tayangan.
7.    Gunakan huruf yang lebih besar bagi tajuk dan sub-tajuk.
8.    Hadkan tulisan di antara 6 hingga 7 baris dalam sekeping transparensi.
9.    Gunakan 7 hingga 10 perkataan untuk sebaris ayat.
Teknik penghasilan transparensi
(a)  Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem transparensi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
(b)  Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagian-bahagian tertentu pada permukaan transparensi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.
(c)  Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak.Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingaan 4 jalur dalam satu transparansi.
(d)  Bertindihberlapis
Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.
(e)  Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.
(f)   Animasi/Bergerak
Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarizing diletakkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan.
Jenis-jenis transparensi.
(a)  Tulis terus (write-on)
-diperbuat daripada ‘acetate’ dan polyester
-mempunyai 3 peringkat ketebalan iaitu 0.08mm, 0.1mm dan 0.12mm. Untuk kegunaan am transparensi setebal 0.1mm biasa digunakan.
- Transparensi mempunyai dua saiz iaitu 260mm x 260mm dan DIN A4 (210mmx 297mm)
-menggunakan pena transparensi OHP berasaskan air atau pena berasaskan spirit.
(b) Thermal (infra-merah)
     -diproses dengan mesin “Transperancy Maker”
  -mempunyai pelbagai latar dan warna seperti Black On Clear( imej hitam latarbelakang
  jernih), Black On Colour( Imej hitam latarbelakang warna),Colour On Clear (Imej brwarna latarbelakang jernih)
-Bahan dasar berasaskan karbon contohnya keratin akhbar, pensil 2B, bhn fotokopi berasaskan debu, bahan cetak dari laser printer berasaskan debu.
-Panduan menyediakan transparensi thermal seperti berikut:
 (i) Putarkan tombol laras kepada anatara nombor 3 hingga 6 supaya gambar yang dihasilkan akan jelas.
(ii) Letakkan bahan dasar di bawah transparensi thermal di mana bahagian takukan dipenjuru atas kanan di sebelah atas.
(iii) Masukkan bahan dasar dan thermal ke dalam mesin Transperancy maker dan biarkna dari bahan dasar dipindahkan ke transparensi.
(c)  Fotostat/Fotokopi
-diproses dengan menggunakan mesin fotostat (plain paper copier)
-bahan dasar diletakkan di bahagian atas cermin dan transparensi dimasukkan ke dalam dulang kertas seperti membuat fotostat.
-gambar warna atau hitam boleh dipindahkan tetapi gambar berwarna akan menjadi hitam putih.
(d) Ink-jet Filem/ Laser Filem [Komputer]
-Ink-jet/Laser Filem/tranperensi boleh digunakan terus dengan pencetak berasaskan ink-jet seperti printer Canon,Epson dsbnya.Bahan dasar boleh disediakan dengan menggunakan computer dan arahan menyalin sepertimana anda membuat penyalin di atas kertas.

Leave a Reply